Hyeee. Lama tak update kannn!
Ok Hari ni nak share resepi simple Pisang goreng. Senang je ok!
Bahan
Pisang Seikat - dihiris panjang ikut suka nak tebal mana
Tepung beras - 6 sudu
Tepung Gandum - 3 sudu
Telur - Sebiji
Serbuk kunyit - dua cubit
Garam - Secubit
Air
Cara
Adun kan semua bahan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit jangan cair sangat jangan pekat sangat sedang elok je ok baru rangup bila goreng
Goreng dalam minyak panas dalam api sederhana kuat. Jangan slow sangat api nanti masuk minyak.
OK SIAP!
Makan dengan sambal kicap!
Sambal Kicap
5 biji lada*
seulas bawang putih*
satu sudu gula*
asam limau
kicap manis
Tumbuk separa lumat bahan bertanda *
Kemudian perah limau nipis- ikut la nak masam buboh lebih
Kicap manis secukupnya!
Siap!
Selamat Mencuba