Saturday, 8 October 2016

Selera Patin Bangau - Kedai Makan Ikan Patin Sedap Di Temerloh, Pahang - Murah dan Sedap!

Hi semua. Selamat berhujung minggu. Buat apa je korang hujung minggu macam ni? dekat facebook penuh dengan update Hari Sukan Negara. Sama lahhh aku pon bersukan jugak hari ni. Bersukan dalam mimpi kahkah. Tak de semangat kesukanan langsung kau ni Ezan. :P

Ok lahh memandangkan hari ni cuti dan ada sedikit free, nak update dekat korang pasal makan hari ni. Hari Rabu yang lepas ada meeting project di JKR Temerloh. Habis meeting , boss belanja makan ikan patin. Kalau kat Pahang ni, Daerah Temerloh memang dikenali dengan Bandar Ikan Patin. Jadi kalau korang datang temerloh, kalau tak makan ikan patin pure temerloh, memang tak complete tau rasanya. :)


Nah belanja dulu gambar bagi terliur :)






Welcome to Temerloh. Sungai Pahang. 


Kedai yang kami nak pergi ni nama nya SELERA PATIN BANGAU.
Terletak di Kg Bangau Tanjung, Temerloh. 




Mula mula agak pelik kenapa  masuk kawasan rumah orang? Rupa rupanya memang rumah yang dijadikan restoran. Nice one :)




Haaa nampak rumah kuning tu? Jangan pelik jangan ingat orang tengah makan kenduri pulakk yee. Memang ini lahhh tempat yang korang cari cari hahaha. 




Sampai sampai jeee dah banyak dah meja penuh, Nasib la ada jugak kosong. Memang ramaiii. 


Dan Ikan Patin Tempoyak di kedai ni memang sangat fresh. Kalau nak order just mintak kat kakak ni, bahagian mana yang korang suka, ekor/tengah/kepala? Jadi akak ni akan sendukkan letak dalam mangkuk .


i suka ekor. Jadi i pilih ekor :)


Pehhhh. Sangat nikmat yeee. Kuah nya pekat dan pedassss sangat sangat kena dengan citarasa seorang pemakan pedas macam aku niii. Memang sangat suka kalau dapat hirup yang pekat camni. nak buat macam mana memang dah gila tempoyak tauu. Rugi tau tak makan tempoyak hihi



Bahagian tengah ofismate punya :)


Isi ikan dia sangat padat . rasa nak dua ketul boleh? hahahha


Ada jugak lauk lauk sampingan. Tapi Ikan Patin satu kewajipan :) hehehe. 



Harganya pun agak murah. 4 orang makan termasuk air dan buah buahan cuma RM55 sahaja. Murah kan? 


So korang kalau mai temerloh, jangan lupa singgah Selera Patin Bangau.

Selera Patin Bangau 
Kg Bangau Tanjung
Temerloh Pahang

No Tel : 0139964100

hari isnin je diorang tutup. 

ok byee!








2 comments:

  1. untuk orang yang suka makan ikan patin, tempat ni memang best, tapi saya tak makan ikan patin, so hanya mampu tengok gambar je la. huhu

    ReplyDelete
  2. saya rasa sama je ke rest lain di temerloh..yg penting tak hanyiir ikan tu..

    ReplyDelete

komen elok elok tau!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA