Thursday, 18 June 2015

RESEPI IKAN KEMBUNG BERLADA PALING SENANG DAN SEDAP

amboiii tajuk dia. hahahaa. tapi series memang senang dan sedap! budak budak yang baru nak belajar masak boleh try resepi ni. tayah buat yang susah susah sangat. 
ni resepi mak mentua yang bagi. sekali buat terus jadi.









nampak gambar pon dah menyelerakan kan bila taip tengah tengah bulan puasa ni hehe. 

ok jom start.


BAHAN UNTUK GORENG IKAN

3 Ekor ikan kembung sederhana besar
serbuk kunyit
garam


BAHAN UNTUK SAMBAL  BERLADA

*Segenggam cili kering - gunting kecik2 untuk mengurangkan biji lada kemudian rebus bagi lembut
*bawang besar - 2 biji - kupas dan hiris untuk memudahkan di blend
*bawang putih 2 ulas - hiris
*halia - setengah inci
-asam keping 2 keping
-bawang holand sebijik hiris - jangan halus sangat
bahan bertanda * blend dengan sedikit air



Cara

1. Siang ikan , basuh bersih dan lumur dengan kunyit dan 3 cubit garam. jangan lebih nanti masin, kalau ikan kecik dua cubit dah memadai,

2. panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. minyak kena panas betul. kalau tak nanti melekat kat kuali,

dah siap goreng angkat dan ketepikan.


3. Bahan blend tadi tumis dengan minyak. minyak ni ikut la kalau korang nak sedap bubuh lebih sket. kalau tak suka oily dua suduh teh dah memadai. tumis sampai pecah minyak. sambil tumis jangan lupa kacau takut hangit. api sederhana je. 

4. dah pecah minyak masukkan bawang holand yang dihiris tadi dan gaul sebati.

5. kemudian masukkan garam, gula dan ajinomoto(kalau guna)

6. kacau sebati dan masukkan sedikit air kalau nak kuah banyak masuk lebih sikit. aku suka sikit jaa sebab nanti sambal tak pekat. dan masukkan asam keping

7. dah gaul sebati rasa pon dah ok, air pon dah kering, minyak sambal pon dah timbul korang masuk kan ikan yang digoreng tadi, api kecik kan dan balik balik kan ikan tu supaya sambal sebati dengan ikan. 


8. dah siap! makan dengan nasi panas panas mmmm sedapppp.

boleh makan dengan sayur lemak kobis or ulam ulaman. hehe

















Friday, 12 June 2015

First Time nak try

hye semua! betullah kata orang. menulis ni nak kena ada mood. kalau takde mood memang ke laut lah blog ni. wahhaa. 

sebenarnya lately aku rasa macam penat sangat letih padahal kerja kat office dah kurang since project baru belum masuk lagi. tapi aku punya rasa tak bermaya tu cam over pulak. bangun pagi liat nak bangun. nak kene step by step baru lah boleh masuk dalam bilik air. aku rasa tak best, bila sampai office dah ok sikit. lepas lunch perasaan mengantuk datang balik, lepas tu petang pulak nak cepat2 balik sebab tak sabar nak tidur. boleh?

aku rasa tak best. sebab baru umur 27 kot . ni anak belum ada lagi tapi perasaan malas, letih ngantuk, tak best dah membuak buak. macam mana aku nak handle laki aku dengan anak aku nanti? ni dah tak best . ni dah tak best. aku taknak terus hidup dengan keadaan lemah longlai macam ni. aku pon google la and usha la kat facebook ada tak apa apa supplement yang boleh buat aku bertenaga sepanjang hari. 


Last2 aku punya senior suruh try consume ESP shaklee sebab dia dah 2 tahun consume. and now dah beranak satu. lepas tu masa dia preggy boleh puasa penuh wehhh. aku pon terus google kegunaan dan kebaikan dia. dan terus perasaan nak try tu membuak buak. aku order semalam hari ni dah dapat. mahal takpe janji berbaloi


tapi kena ingat. supplement ni cuma membantu sahaja. kalau kita sendiri tak jaga makan, tak exercise mmg lemah longlai laa sampai ke tua. *kutuk diri sendiri*

ni link yang aku rasa paling bagus review shaklee. 

link lain2 dah macam MLM dah aku tengok. bahaha

aku tak suka susu. senior aku cakap dia rasa soya. tp boleh campur air lain. korang google  la khasiat or  nak tau cara minum dia. esok baru aku nak start minum. korang doakan aku kayh!


moga aku lebih bertenaga sihat dan kuat!!






Sunday, 7 June 2015

idea menabung - nak try lah!

tengah syok syok layan facebook, tetiber nampak member share tips menabung. 







wahhh! sebulan dapat RM465 dengan simpan ikut nilai haribulan weh?

memang betul2 boleh menabung macam ni. jom lerrr try!

bila sana sana GST, semua benda dah mahal. 

jangan sampai satu hari nanti nak bernafas pon kene charge. pffffffft



Monday, 1 June 2015

life update

takde bende sangat pon nak update sebenarnya. aku tengah mengantuk gila gila sebab semalam pukul3 pagi baru sampai rumah. balik dari wedding kawan baik aku , farra roslan. 

mana tak nya, bila dah nama kawan baik kawen dan aku pulak "pengepit" and bridesmaid, kena la stay sampai habis outdoor barulah tugas selesai. walau pon penat but i really had fun. so now lagi sorang je belum kahwin dalam group aku. bulan 8 ni wedding dia. tak sabar nak tunggu semua settle down. lepas tu time to make babies banyak2 hahaha. 


share gambar pengantin sikit







pastu share gambar bridesmaid and bestman yang cun melecun ni kakaka













ok tu je nak cerita. byeee



Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA