Hi semua! Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ni :)
Today 070616 aku nak coret sikit sempena menyambut anniversary yang kedua hehehehe. Sebenarnya tak terasa langsung dah dua tahun since aku dengan Oi dok jauh. 3 bulan sekali baru berjumpa.
Aku takde langsung pengalaman macam husband and wife yang lain seperti contoh nya.
Weekend pergi pasar sama sama, beli barang basah barang kering. Lepastu shopping barang2 keperluan rumah ke apa kee. tak pernah langsung okay. sebab memang start dari kahwin tak pernah duduk sekali secara lamaa. paling lama pon seingat aku 2/3 minggu jee. tu pon sebab dia kena stay HQ KL sementara kena transfer to Sabah.
Kalau dia balik, kitorang akan habiskan masa bersama macam tengok wayang or makan kat favorite restaurant sekitar kl/selangor. Dan kena bahagi pulak masa separuh kena balik Kuantan separuh lagi kena balik Raub. Sadis kan? hahahah
Masa kitorang untuk berborak2 hal hal diri memasing adalah masa dalam kereta dalam perjanan balik ke kuantan or raub. hahhaha punya lah takda masa nak berborakkk :')
Dan Alhamdulillah Allah hadirkan dugaan dengan kemanisan nya. Sempat la jugak aku honeymoon kali kedua hari tu di Sabah. Oi bawak pusing Kota Kinabalu - Kundasang - Sandakan. Seronokkk. :) And kalau takda aral melintang bulan 11 ni kami dah plan travel luar malaysia. Jauh sikit jee. takde la sampai london kann ahahah.
Jadi aku rasa dah bersyukur sangat dh niii even takde la pengalaman lagi macam husband and wife lain , tapi setiap kali ada masa terluang bolehla rancang nak ke sana sini sementara takde baby lagi ni kann.
Untuk anniversary yang kedua ni, Alhamdulillah untuk segala yang ada hari ini. Amin :)
Jom throwback Outdoor sikit :p
And wish dekat facebook and sms jeee. Oi plak takde line internet ponnn nak baca all the wishes. Sedeyhh. hahah. btw thanks all :)
KORANG MEMANG SWEEEET AHHH.