Thursday, 20 October 2016

IDEA BARANG GOODIES MURAH SERENDAH ENAM PULUH LIMA SEN

Hi guysss. 


Memandangkan hari tu aku ada share idea aku buat goodies versi jimatt macam dalam entry bawah ni






So hari ni aku nak share kat korang satu lagi jenis barang yang sangat sesuai untuk dijadikan barang goodies. Simple dan mudah!


tadaaaa!!




haaaaaa simpleee dan mudah sangat kan. Gelas Reko from ikea ni sangat sesuai bagi mereka yang suka bagi goodies yang tetamu boleh gunapakai. Instead of korang bagi makanan then takde kenangan sebab bende makan makan ofcos lah tak boleh simpan dah kan? so i cadangkan gelas reko from ikea ni sangat berbaloi plus harga pon sangat murah. dekat rumah aku ada banyak gelas ni sebab masa kakak aku kahwin memang bagi tetamu gelas ni. so ada lebih kami pon gunaa lahh. Kaca tebal rasanya barang ikea ni memang tahan lama tau. 




harga nya sangat murah ye akak akak adik adik sekaliannnnn cuma rm3.90 untuk enam gelas! yeeee untuk ENAM GELAS cuma rm 3.90! so jatuh satu gelas 65sennn sahajorkkk. kan murahhh tu!!





HAAA amacam ada rasa nak pi ikea sekarang jugak tak? hahaha. bagi mereka yang luar kawasan yang jauhhhh dari ikea, korang jangan risau banyak je personal shopper sekarang niii yang provide service belikan barang ikea. instead of korang kena pi jauh jauh penat badan tenaga and masa. 



then kalau nak meriahkan lagi gelas ni, boleh isi candy di dalam nya and tampal sticker ke . hehehe




So orang Kuantan yang nak beli barang barang IKEA boleh contact  member kita personal shopper ikea ni ok.



atau boleh whatsapp terusss 014 514 9330 (FARRA)






Tuesday, 11 October 2016

RESEPI SARDIN GORENG CILI PADI SEDAP

Haiii. Hari ni boss aku masak dekat office. Dia memang kadang kadang datang sejenis rajin dan over yang tak boleh nak halang. hahaha jadi dia memaksa kami kami semua jadik assistent chef sebab dia teringin nak makan sardin. aduiyaiii. layan jelahhhh boss kate kan. 


Aku suka pulak style sardin dia goreng bagi garing ni. Maka aku share kat blog aku sebagai pedoman di masa akan datang hahaha. 



Bahan Bahan yang sangat simple dan "ekonomic" ekonomik ke??? sardin pon dah mahal sekarang . sepuluh ringgit setin. pitam mak nokkkks :O

BAHAN MUDAH

Setin Sardin Ayam Brand
Asam Keping 2 keping

*Bawang putih 3 ulas hiris hiris
*Bawang besar 2 bijik hiris hiris. Jenis suka bawang banyak banyak boleh tambah lagi
*Cili padi belah belah hujung dia je

Garam Gula aji

Minyak masak


Cara Cara nya 

Asingkan sardin dengan kuah.

Panaskan minyak dan goreng sardin yang diasingkan tadi. 

Masa goreng tu masukkan asam keping goreng sekali dengan sardin. 

Boss cakap biar rasa masam tu meresap dalam ikan. and tabur sedikit garam.

Balik balikkan dan bila dah garing masukkan semua bahan bertanda * dan tumis sekali dengan sardin sampai naik bau. 

Then masukkan kuah yang diasingkan tadi. Gaul sampai sebati dan terbit minyak

Perasakan garam, gula dan aji. 

Siapppp . YUMMMMSS

BTW korang yang ada resepi resepi sardin versi lain yang sodap boleh lah share jugak :)





Saturday, 8 October 2016

Selera Patin Bangau - Kedai Makan Ikan Patin Sedap Di Temerloh, Pahang - Murah dan Sedap!

Hi semua. Selamat berhujung minggu. Buat apa je korang hujung minggu macam ni? dekat facebook penuh dengan update Hari Sukan Negara. Sama lahhh aku pon bersukan jugak hari ni. Bersukan dalam mimpi kahkah. Tak de semangat kesukanan langsung kau ni Ezan. :P

Ok lahh memandangkan hari ni cuti dan ada sedikit free, nak update dekat korang pasal makan hari ni. Hari Rabu yang lepas ada meeting project di JKR Temerloh. Habis meeting , boss belanja makan ikan patin. Kalau kat Pahang ni, Daerah Temerloh memang dikenali dengan Bandar Ikan Patin. Jadi kalau korang datang temerloh, kalau tak makan ikan patin pure temerloh, memang tak complete tau rasanya. :)


Nah belanja dulu gambar bagi terliur :)






Welcome to Temerloh. Sungai Pahang. 


Kedai yang kami nak pergi ni nama nya SELERA PATIN BANGAU.
Terletak di Kg Bangau Tanjung, Temerloh. 




Mula mula agak pelik kenapa  masuk kawasan rumah orang? Rupa rupanya memang rumah yang dijadikan restoran. Nice one :)




Haaa nampak rumah kuning tu? Jangan pelik jangan ingat orang tengah makan kenduri pulakk yee. Memang ini lahhh tempat yang korang cari cari hahaha. 




Sampai sampai jeee dah banyak dah meja penuh, Nasib la ada jugak kosong. Memang ramaiii. 


Dan Ikan Patin Tempoyak di kedai ni memang sangat fresh. Kalau nak order just mintak kat kakak ni, bahagian mana yang korang suka, ekor/tengah/kepala? Jadi akak ni akan sendukkan letak dalam mangkuk .


i suka ekor. Jadi i pilih ekor :)


Pehhhh. Sangat nikmat yeee. Kuah nya pekat dan pedassss sangat sangat kena dengan citarasa seorang pemakan pedas macam aku niii. Memang sangat suka kalau dapat hirup yang pekat camni. nak buat macam mana memang dah gila tempoyak tauu. Rugi tau tak makan tempoyak hihi



Bahagian tengah ofismate punya :)


Isi ikan dia sangat padat . rasa nak dua ketul boleh? hahahha


Ada jugak lauk lauk sampingan. Tapi Ikan Patin satu kewajipan :) hehehe. 



Harganya pun agak murah. 4 orang makan termasuk air dan buah buahan cuma RM55 sahaja. Murah kan? 


So korang kalau mai temerloh, jangan lupa singgah Selera Patin Bangau.

Selera Patin Bangau 
Kg Bangau Tanjung
Temerloh Pahang

No Tel : 0139964100

hari isnin je diorang tutup. 

ok byee!








Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA