Thursday, 30 March 2017

Alhamdulillah dengan izinNya

Hiiii semuaa!


Maaf berkurun lama baru nak bersiaran semula. Alhamdulillah dengan izinNya hari ni nak share kegembiraan pada yang membaca dan sebagai memori untuk diri sendiri. I'm 5months pregnant :)



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah



Segala puji pujian hanya pada Allah SWT yang memberikan rezeki dan nikmat yang tidak dijangka setelah 2 tahun setengah penantian dengan penuh sabar hihi.



Jom kita throwback balik mula mula tahu pregnant. Masa tahu pregnant tu dalam bulan Dec 2016 setelah period delay 6days. Mula2 taknak mengharap apa apa sebab sebelum ni pernah period lambat sampai dua minggu tapi bila check guna UPT (urine pregnancy test) tetap satu line. Sesiapa yang  TTC (Trying To Conceive)  mesti dah biasa dan faham sangat kan macam mana perasaan kalau period dah delay tapi bila check upt tetap negative. Rupa-rupanya masa baru lepas kahwin hormon tak betul sampai boleh lewat 2 minggu. Sebagai seorang yang period tetap haruslah rasa pelik bila delay tapi negative haha.



Jadi masa dah delay period 6 days tu hati rasa mcm meronta ronta (cewah) nak cek upt jugak. So balik dari kerja terus singgah Farmasi beli dua upt yang lain2 jenis. Ada pernah baca dekat google yang seelok eloknya buat test waktu bangun pagi urin pertama. Masa tu hormon hcg kita lebih pekat/tinggi jadi bacaan lebih jelas dan tepat. Tapi sejenis tak sabar mcm aku ni, terus cek petang tu jugak kahkah



Mula2 berdebar tapi lepas test and tak sampai 20 saat terus double line and aku taktau ler nak describe mcm mana perasaan masa tu. Nak happy ke nak sedih ke entahhh memang blank kejap. Then utk kepastian aku test lg satu upt and result nya jugak sama . Tak sampai beberapa saat double line jugak. Masa ni terus keluar dari tandas and bagitau mak and adik2 . Yelaa nak bgtau kat Oi dulu tapi dia jauh takdak depan mata. So aku just whatsapp je gmbr upt tu kat dia and kemain suka laaa dia haha.  






Pengiraan berapa umur kandungan ni dikira dari hari pertama kita datang period yang latest. Maksudnya mcm aku hari pertama datang period yang latest ni pada 5/11/2016 . Jadi ikutkan masa check upt tu usia kandungan dah 5weeks+ . So untuk mendapatkan kepastian sepasti pastinya masa 7weeks+ aku ke Klinik Ragavan Raub untuk scan. Perasaan masa 1st scan ni memang lain macam. Rasa macam sebak kott. Bila nampak seketul daging dalam rahim and ukuran kandungan sama dengan umur dia,  rasa lega dah hehe :')






Orang yang paling happy selain family aku and Oi haruslah My Mother in law. Cucu sulung ni belah mertua. InshaAllah :) . Aku bukak buku pink masa usia kandungan nak masuk 10minggu. Bila tahu pregnant tu aku dah ambil folic acid beli kat klinik swasta je. Masa bukak buku nurse bagi lagi folic acid. Jadi jimat dah takyah beli hahaha. Nanti aku cerita proses bukak buku Pink kat entry lain.




Bila masuk kandungan 3months iaitu 12weeks aku scan lagi sekali kat Klink Ragavan jugak. Alhamdulillah dah nampak bentuk baby . Kemain happy anak aku duduk dalam tu . Dah gerak tapi aku tak dapat rasa lagi. Alhamdulillah pembesaran semua normal ikut umur kandungan. Harga scan black n white kat klinik ni Rm50 . Dah boleh dengar heartbeat baby dup dap dup dap . Alhamdulillah.





Bila dah cecah 3months  KKIA bekalkan Obimin pulak. Obimin ni kira all in one semua ada dalam sebijik obimin. And now masa menaip ni aku dah 5months+ and dah boleh rasa baby gerak. Geli rasa dalam perut ni. Lembut aje gerakan nya and nurse kkia bgtau yang nanti dah masuk 7months ke atas lagi kuat rasa baby movement. Aku belum scan lagiii untuk 5 months ni. Nanti dah scan aku share lagi. Hopefully boleh tahu gender dia senang ibu hang nak membeli belah nanti hahha :p InshaAllah awal bulan ogos ni EDD (estimate due date)


besau wehhh obimin ni haha plastic pon dah pudar sebab dok bawak sana sini


Kemain panjang aku menaip huhhh.



Doakan aku and baby ye guys. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.  Aku doakan banyak2 pada sesiapa yang sedang berusaha. Yakin pada rezeki Allah dan jangan stress stress. Happy happy je tau. Setiap orang ada bahagian masing2 cuma cepat atau lambat je. Amin amin :)







Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandugan

 اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا 

Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ 

Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu. 

اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.

 اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا 

Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.

 اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam, dan segala puji bagi Allah.




12 comments:

  1. tau perasaan ituuuu..seronokkan...take care tauu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah awak. jaga diri baik-baik k

    ReplyDelete
  3. Congrats dear.
    Jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  4. Tahniah awakk. Semoga dipermudahkan semuanya. Masa kite preggy anak kedua pon kita lupa camne nk celup upt haha nyaris tak celup terbalik

    ReplyDelete
  5. tahniah............bestnyaaaaaaa ..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Tahniah... Kehadiran y paling dinantikan

    ReplyDelete

komen elok elok tau!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA