Friday 29 May 2015

mee bandung paling sedap pernah rasa weh!!

hi! seperti yang semua orang tahu. aku memang suka makan. sebab bila makan, itu tanda kita hargai duit gaji kita dapat bulan bulan. pffftttt hahhahaa


ok ni nak cerita sikit tempat makan yang biasa biasa tapi makanan dia maveles tahap menjejeh air liur . over. 


tapi serius. ni first time aku rasa mee bandung sedap macam ni. kuah pekat likat tahap hirup tu ko rasa setiap molekul molekul kesedapan yang sangat enak. kalau dekat kl kebanyakan kuah mee bandung cair macam letak sos dengan air je. wadehek? tak best langsung. 


Tapi yang dekat air hitam ni aku rasa macam nak bawak balik pakcik yang masak tu wehhhh T_T . 




nampak tak tahap kepekatan dia macam mana, dari gambar pon dah boleh nampak. apatah lagi rasa dia. ni bukan entry review iklan tapi ni entry orang yang tak pernah makan mee bandung sesedap ini jadi dia histeria nak bgtau semua orang kakaka. well kat tekak and lidah aku memang terbaiikkk. kalau korang rasa tapi taksedap mungkin masa tu pakcik tu tak sihat ke lupa bubuh samting ke. hahahah positif betul












nama kedai ni laman kashturi. selain mee bandung special dorang ada jugak masakan panas. sedap jugak masakan nyaa. kalau koreng pergi ayer hitam , keluar je tol ayer hitam memang dah nampak. kat situ ada kedai jual barang2 wedding, so dia opposite je kedai tu okay? faham tak landmark aku ni? hahahaha sorry aku bab bgtau orang maps ni failed sikit.


ini lah mee bandung paling sedap kat ayer hitam setakat ni. okay kalau pegi jangan lupa singgah. sangat berbaloi. harga tak mahal pon. kalau special dalam rm6. special ni banyak udangggg , hehehe 



kbyeee. 

Thursday 14 May 2015

Ruang makan ku yang kecil


Aku rasa bertuah sangat and rezeki bila dapat rumah sewa ni. Walaupun sewa tapi cukup laa untuk aku laki bini berteduh berkasih cewah haha.  Wall warna oren tu memang dah di cat oleh tuan rumah. meja makan pon tuan rumah punya. ibarat aku masuk rumah sewa ni cuci tangan je la. katil and tilam Queen siap ada setiap bilik. Sewa rm650 mana la nak dapat kat KL ni kann. lagipon aku dok ceruk hujung hujung KL so Rm650 tu kira murah. kalau tak 800 ke 1200 paling murah kalau betul2 rate dia. 


Tapi bila bukan rumah kita ni, banyak pulak laa syarat nyee. takleh paku sebarangannn. ni aku gantung canvas photo aku ni pon memang paku yang memang dah ada . tu yang satu tinggi satu rendah tu haha! nasib laaa menyewa. aku sekarang baruu full time duduk KL since aku dah kerja balik kat kl. before ni masih memerap rumah mak serupa bujang lagi. nak buat camneee long distance relationship kateeekannn.

So barulah nak membeli sikit2 keperluan rumah. Aku memang suka mengdekorate rumah cuma belum berkesempatan atas kebizian yang melampau sebagai pekerja swasta and business online partime malam nye fuhh.

Ok jumpa lagi di entry seterusnya yang taktau bila! haha




Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA