Thursday, 11 May 2017

Review Scan 2d Detail + 3D4D di 3D 4D MALAYSIA di Hospital Pusrawi Kota Damansara

Hi Readers :)

Cerita pasal pregnancy lagi hehe. Untuk panduan di masa akan datang dan pada yang memerlukan :)


Genap 22 weeks hari tu aku dah tercari-cari kat mana tempat yang bagus nak buat 2d detail scan dan 3d/4d scan. Aku pon baru je tau pasal detail scan ni sebenarnya. Yela anak pertama kan, masih lagi blur kadang kadang. Nasib baik my friends, Sha and Farra ada cerita and suggest untuk buat detail scan untuk tahu keadaan baby secara detail. Sebelum ni aku just scan biasa je. 


Bila dah tahu, aku pon mula google dan rata-rata mencadangkan service di 3D 4D SCAN MALAYSIA ni sangat bagus. Jadi kebetulan tengah ada promo so aku cepat cepat booking masa betul2 genap 22 weeks hari tu. Aku amik package 2d detail scan + free 3d4d scan RM180 . Harga asal lebih kurang RM220. 

Apa yang aku suka tentang service diorang ni ialah, kita boleh pilih tempat dan Sonographer mana yang kita nak. Korang boleh search review Sonographer diorang. Ramai bagi feedback positive. Jadi memandangkan pada hari tersebut aku teringin makan meatball Ikea dekat Damansara, jadi aku booking di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Aku tak kisah siapa siapa pun yang scan. So masa aku booking tu, Sonographer pada hari tersebut ialah Ms Shanice yang sangat comel :P

Sebelum scan kita bagi baby makan kenyang-kenyang dulu.




Nak booking pon senang je, tak perlu bayar apa apa pon. Lepas scan baru bayar. So just booking online di website diorang di link bawah ni



Sebelum booking make sure korang baca dengan teliti ya. Aku booking pukul 4 tapi tersampai awal dalam 2:30 petang. Luckily sistem diorang guna first come first served. so tak perlu la aku tunggu sampai pukul 4 tuu. Sebab masa aku sampai tu, memang takde orang lagi jadi aku dibenarkan masuk dulu hahaha. 



Hospital Pusrawi Kota Damansara

Receptionist Hospital ni sangat manis dengan senyuman. Suara pon lembut sangat. 5 Bintang untuk itu.

Masa scan ni, Oi ikut masuk sekali, semangat dia nak tengok anak dia hehe. Ni first time laki aku follow aku pi scan. Sebelum ni scan sorang sorang je.. Almaklum lah PJJ husband and wife :') 

Mula-mula scan sekali anak aku tidur daaa. Kenyang makan agaknyaa.. Nasib baik Ms Shanice pandai kejut hehe. Kesian pulak aku tengok dia tengah tidur kena paksa kejut. Sorry sayang, ibu nak cek condition awak so sila bagi kerjasama k. hahaha





Aku sarankan pada bakal bakal ibu, spend lah duit lebih sikit untuk check detail scan baby masing masing ye. Bukan apa KKIA tak provide pon detail scan ni. So kalau baby kita ada masalah , dari awal kita boleh tahu dan boleh jaga mana yang patut kan. Detail scan ni memang sangat bagus sebab memang sampai ke tulang, salur darah and organ organ dalaman semua akan diperiksa. Alhamdulillah masa cek ni semua normal. Semoga anak ibu sihat sempurna lahir nanti. Amin :)


Gender pon dah tahu, tapi nak rahsia dulu. haha. Takut salah pulak nanti haha. 


Lepas settle 2d detail mula la acara snap muka 3d4d . Yang ni agak mencabar sikit sebab anak aku tak duduk diam. kejap dia pusing pusing, kejap kang dia tutup muka dengan tangan. Agak lama juga Ms Shanice berusaha nak snap muka dia. Akhirnya lepas 15 minute berjaya la jugak. hehhe





Tadaa! Muka macam siapa ni?? hahhha. Adik ipar aku cakap mulut dia macam aku. Anak mak kan?? hehe. Masa aku tengah menaip ni, kemain dalam perut ni dok tendang2. Tau sangat orang dok cakap pasal dia yekk. 

Sangat berbaloi scan dekat sini. Setiap gambar yang Ms Shanice snap semua dia bekalkan dalam satu CD termasuk video baby gerak sekali. Amazing sangatt ciptaan Allah Swt :) Ada la dalam 89 gambar termasuk video aku dapat. Memang puas hati dengan bayaran yang dikenakan. Sonographer pun sangat friendly dan sangat membantu terangkan secara detail. Recommended!!



Oraittt. Itu jela kisah nyaaa. Doakan semua baik baik guys. Nanti sambung next entry. 
Tq for reading :)





"Ya Allah Peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasulmu, Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikan lah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca AlQuran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Amin..."


8 comments:

  1. Seronoknya nampak gambar baby scan :) Congrats awak for your pregnancy. Jaga diri dan baby baik2 ye <3

    ReplyDelete
  2. Wow! Bestnya... Tahniah ezan dapat baby. Jaga diri baik2 tau

    ReplyDelete
  3. Skarang smua dh canggih kan. Lya pregnant dlu x bpluang nk scan² ni sbb spnjg pregnant koma. Apa² pom take care yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg mmg canggih. Yg penting kena ada duit je hahaha 🤣 tq awakk

      Delete
  4. bestnya.... msti nk tgk ulang2 kan video baby tuh

    ReplyDelete

komen elok elok tau!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA