Thursday 11 May 2017

Review Scan 2d Detail + 3D4D di 3D 4D MALAYSIA di Hospital Pusrawi Kota Damansara


                        











Hi Readers :)

Cerita pasal pregnancy lagi hehe. Untuk panduan di masa akan datang dan pada yang memerlukan :)


Genap 22 weeks hari tu aku dah tercari-cari kat mana tempat yang bagus nak buat 2d detail scan dan 3d/4d scan. Aku pon baru je tau pasal detail scan ni sebenarnya. Yela anak pertama kan, masih lagi blur kadang kadang. Nasib baik my friends, Sha and Farra ada cerita and suggest untuk buat detail scan untuk tahu keadaan baby secara detail. Sebelum ni aku just scan biasa je. 


Bila dah tahu, aku pon mula google dan rata-rata mencadangkan service di 3D 4D SCAN MALAYSIA ni sangat bagus. Jadi kebetulan tengah ada promo so aku cepat cepat booking masa betul2 genap 22 weeks hari tu. Aku amik package 2d detail scan + free 3d4d scan RM180 . Harga asal lebih kurang RM220. 

Apa yang aku suka tentang service diorang ni ialah, kita boleh pilih tempat dan Sonographer mana yang kita nak. Korang boleh search review Sonographer diorang. Ramai bagi feedback positive. Jadi memandangkan pada hari tersebut aku teringin makan meatball Ikea dekat Damansara, jadi aku booking di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Aku tak kisah siapa siapa pun yang scan. So masa aku booking tu, Sonographer pada hari tersebut ialah Ms Shanice yang sangat comel :P

Sebelum scan kita bagi baby makan kenyang-kenyang dulu.





Nak booking pon senang je, tak perlu bayar apa apa pon. Lepas scan baru bayar. So just booking online di website diorang di link bawah ni



Sebelum booking make sure korang baca dengan teliti ya. Aku booking pukul 4 tapi tersampai awal dalam 2:30 petang. Luckily sistem diorang guna first come first served. so tak perlu la aku tunggu sampai pukul 4 tuu. Sebab masa aku sampai tu, memang takde orang lagi jadi aku dibenarkan masuk dulu hahaha. 





Hospital Pusrawi Kota Damansara

Receptionist Hospital ni sangat manis dengan senyuman. Suara pon lembut sangat. 5 Bintang untuk itu.

Masa scan ni, Oi ikut masuk sekali, semangat dia nak tengok anak dia hehe. Ni first time laki aku follow aku pi scan. Sebelum ni scan sorang sorang je.. Almaklum lah PJJ husband and wife :') 

Mula-mula scan sekali anak aku tidur daaa. Kenyang makan agaknyaa.. Nasib baik Ms Shanice pandai kejut hehe. Kesian pulak aku tengok dia tengah tidur kena paksa kejut. Sorry sayang, ibu nak cek condition awak so sila bagi kerjasama k. hahaha






Aku sarankan pada bakal bakal ibu, spend lah duit lebih sikit untuk check detail scan baby masing masing ye. Bukan apa KKIA tak provide pon detail scan ni. So kalau baby kita ada masalah , dari awal kita boleh tahu dan boleh jaga mana yang patut kan. Detail scan ni memang sangat bagus sebab memang sampai ke tulang, salur darah and organ organ dalaman semua akan diperiksa. Alhamdulillah masa cek ni semua normal. Semoga anak ibu sihat sempurna lahir nanti. Amin :)


Gender pon dah tahu, tapi nak rahsia dulu. haha. Takut salah pulak nanti haha. 


Lepas settle 2d detail mula la acara snap muka 3d4d . Yang ni agak mencabar sikit sebab anak aku tak duduk diam. kejap dia pusing pusing, kejap kang dia tutup muka dengan tangan. Agak lama juga Ms Shanice berusaha nak snap muka dia. Akhirnya lepas 15 minute berjaya la jugak. hehhe






Tadaa! Muka macam siapa ni?? hahhha. Adik ipar aku cakap mulut dia macam aku. Anak mak kan?? hehe. Masa aku tengah menaip ni, kemain dalam perut ni dok tendang2. Tau sangat orang dok cakap pasal dia yekk. 

Sangat berbaloi scan dekat sini. Setiap gambar yang Ms Shanice snap semua dia bekalkan dalam satu CD termasuk video baby gerak sekali. Amazing sangatt ciptaan Allah Swt :) Ada la dalam 89 gambar termasuk video aku dapat. Memang puas hati dengan bayaran yang dikenakan. Sonographer pun sangat friendly dan sangat membantu terangkan secara detail. Recommended!!



Oraittt. Itu jela kisah nyaaa. Doakan semua baik baik guys. Nanti sambung next entry. 
Tq for reading :)





"Ya Allah Peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasulmu, Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikan lah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca AlQuran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Amin..."


Saturday 6 May 2017

Proses Buka Buku Pink di KKIA

Hai readers!

Hari ni nak cerita macam mana proses aku buka buku pink di Klinik Kerajaan - Kinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA). Sesiapa yang belum buka buku pink, boleh la jadikan ia sebagai panduan.




First thing yang korang perlu tahu ialah KKIA mana yang cover kawasan tempat tinggal korang. Kawasan yang dekat dengan pejabat korang bekerja pun boleh juga sebab kawan aku si Farra tu dapat KKIA yang berdekatan dengan pejabat dia jadi senang lah lepas checkup boleh terus masuk kerja. Tak payah nak ambil cuti kann.

Untuk menjimatkan masa aku just call je KKIA RAUB untuk tanya kawasan aku ni KKIA mana yang cover jadi dah boleh terus pergi KKIA yang tepat mesra dan betul hahaha. Macam aku tempat kerja dan rumah mak memang dekat lah sangat. Jadi KKIA Bandar Raub yang cover kawasan aku tinggal.  

Masa call kkia, nurse terus tanya aku dah berapa week. Masa tu aku baru 7weeks so nurse suruh aku datang untuk ambil kad kuning (kad appoinment) and dia tulis dalam kad kuning tu bila tarikh aku perlu datang untuk buka buku pink. Appoinment ditetapkan masa kandungan aku dah masuk 9weeks means dah 2months+ gitu. Masa terbaik nak buku pink bila kandungan dah lebih 9/10minggu. Tapi jangan lewat sangat sampai 3 bulan baru nak buat. Nanti kena bebel haha

Apa yang diperlukan?

Kad pengenalan
Sijil Nikah/Kad Nikah
Suami ( bawak ye jangan tinggal) hahahaha

Ini 3 benda la yang KKIA Raub nak . Suami tu kena bawak jugak sebab perlu jalan kan HIV test ye. Jangan tinggal pulak. Hahaha. Lagi pun laki aku semangat nak teman (lepas tu ngantuk tunggu lama wakaka) .

Ok jom tengok apa proses buka buku pink

1. Isi maklumat dalam buku Pink

Mula2 sampai kena register and akan ada satu Nurse sahaja yang akan check aku dari mula checkup smpai la dah nak beranak. Jadi masuk bilik pemeriksaan kena la interview dulu macam macam untuk diisi dalam buku pink tu. Jangan risau korang cuma perlu jawab soalan je. Nurse tu yang akan isi kan buku pink tu. Soalan2 macam dah berapa lama kahwin, suami merokok ke tak, pernah gugur ke tak, sejarah penyakit keluarga, and macam macam lagi le soalan berkaitan dengan kesihatan.

2. Timbang berat dan tinggi

Timbang berat ni memang setiap kali checkup wajib timbang. Nurse bagitau sebulan paling banyak 2kg je bole naik jangan lebih! 

3. Urin test

Lepas tu cek air kencing. Yang ni setiap kali checkup memang ada part ni. Sebab dari air kencing la boleh tengok tahap kesihatan ibu ibu, Kencing kotor ke tak, air kurang ke tak. So minum ler air sebelum checkup tu. Kang jenuh nak paksa kencing dalam cup tu. Placing kena tepat jangan kucar kacir hahahahaa.

4. Cek tekanan darah and ambil darah

Next step cek tekanan darah yang pam pam kat lengan tu. Hahahaa. Tak best langsung explanation. Then kena ambil darah kat lengan. Sakit yee buat sesiapa yang takut kena cucuk macam aku ni. Hahaha. Tapi takde la sakit sangat tp seriau lahhh dengan jarum. Proses ni untuk tentukan jenis darah , HIV dan bacaan HB. 1st check up HB aku 13.3 kemain cantik ye enko. Sekali dah masuk 4/5 bulan drop terus sampai 11. Nyawa nyawa ikan jee nurse cakap. Hahaha


And suami pon kena ambil darah di jari sahaja untuk test HIV. Laki aku siap nak tunggu dalam kereta sebab lama sangat tunggu kat klinik. hahha. Dia punya part tak sampai 5 minit pon. Tula nak ikut sangat wakaka. Sejenis tak sabar betei.

5. Cek perut dan payudara

Kemudian cek perut dan breast. So pakai la baju and bra  yang mudah untuk nurse bukak sebab memang kena cek breast tu tanpa alas ye. Malu pon xde guna hahahaa. So nurse akan cek kot ada ketulan ketulan ke apa then dia akan ajar kita macam mana nak buat self check pada payudara. Nipple kita pon kena check sebab nurse nak tengok sesuai atau tidak untuk baby menyusu. Cek perut ni nurse just tekan2 je sebab masih awal lagi nak rasa ketulan baby tu kan.

6. Penyusuan Susu Ibu (PSI)

Setiap kali checkup ada penerangan tentang PSI. Nurse akan terangkan kat kita bab per bab tentang PSI. Kena dengar and faham kan sebab banyak info penting yang perlu kita tahu untuk susukan anak secara konsisten sehingga 2 tahun.

7. Ubat/Vitamin 

Masa mula2 bukak buku , nurse bagi aku folic acid and bila dah 3 bulan ke atas bagi Obimin pulak. Lately mungkin obimin dah habis stock jadi nurse bekalkan B complex, iron tablet, folic acid and Vit C. Dimana semua ubat dan vitamin ni ada dalam sebijik obimin tuu. And nurse jugak bagi garam iodin untuk digunakan dalam masakan. Untuk mengelakkan beguk katanya.

8. Sticker Buku Pink

Bila dah selesai checkup seperti di atas, setiap buku pink kita akan diletakkan sticker berwarna. Setiap warna melambangkan tahap keseriusan kesihatan ibu hamil tu. Aku dapat sticker hijau sebab BMI overweight and sebab primid (anak pertama). Macam macam lagi la sebab boleh dapat sticker hijau ni. Aku punya sebab dua benda tu lerr. Bawah ni aku sertakan panduan pengedalian ikut warna sticker. 






Then nurse akan tentukan  bila tarikh next checkup jadi korang perlu pastikan tarikh tu korang free sebab wajib datang ikut tarikh. Kalau mai datang je dorang tak layan yeee. Semua kena ada appoinment.


Rasanya itu jelah yang aku ingat masa bukak buku . Lain tempat mungkin lain cara tapi kaedah nya sama ajerr. So jangan lambat2 bukak buku pink nanti kena bebel hekhek. Share la pulak korang punya experience :)

Btw sekarang dah 26 weeks. Tak lama dah nak masuk 7 bulan. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. korang doakan ye :) Btw aku baru scan 2d detail scan n 3d/4d last month. Nanti aku story mory. Bye!





"Ya Allah Peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasulmu, Ya Allah keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikan lah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca AlQuran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Amin..."

Thursday 30 March 2017

Alhamdulillah dengan izinNya

Hiiii semuaa!


Maaf berkurun lama baru nak bersiaran semula. Alhamdulillah dengan izinNya hari ni nak share kegembiraan pada yang membaca dan sebagai memori untuk diri sendiri. I'm 5months pregnant :)



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah



Segala puji pujian hanya pada Allah SWT yang memberikan rezeki dan nikmat yang tidak dijangka setelah 2 tahun setengah penantian dengan penuh sabar hihi.



Jom kita throwback balik mula mula tahu pregnant. Masa tahu pregnant tu dalam bulan Dec 2016 setelah period delay 6days. Mula2 taknak mengharap apa apa sebab sebelum ni pernah period lambat sampai dua minggu tapi bila check guna UPT (urine pregnancy test) tetap satu line. Sesiapa yang  TTC (Trying To Conceive)  mesti dah biasa dan faham sangat kan macam mana perasaan kalau period dah delay tapi bila check upt tetap negative. Rupa-rupanya masa baru lepas kahwin hormon tak betul sampai boleh lewat 2 minggu. Sebagai seorang yang period tetap haruslah rasa pelik bila delay tapi negative haha.



Jadi masa dah delay period 6 days tu hati rasa mcm meronta ronta (cewah) nak cek upt jugak. So balik dari kerja terus singgah Farmasi beli dua upt yang lain2 jenis. Ada pernah baca dekat google yang seelok eloknya buat test waktu bangun pagi urin pertama. Masa tu hormon hcg kita lebih pekat/tinggi jadi bacaan lebih jelas dan tepat. Tapi sejenis tak sabar mcm aku ni, terus cek petang tu jugak kahkah



Mula2 berdebar tapi lepas test and tak sampai 20 saat terus double line and aku taktau ler nak describe mcm mana perasaan masa tu. Nak happy ke nak sedih ke entahhh memang blank kejap. Then utk kepastian aku test lg satu upt and result nya jugak sama . Tak sampai beberapa saat double line jugak. Masa ni terus keluar dari tandas and bagitau mak and adik2 . Yelaa nak bgtau kat Oi dulu tapi dia jauh takdak depan mata. So aku just whatsapp je gmbr upt tu kat dia and kemain suka laaa dia haha.  






Pengiraan berapa umur kandungan ni dikira dari hari pertama kita datang period yang latest. Maksudnya mcm aku hari pertama datang period yang latest ni pada 5/11/2016 . Jadi ikutkan masa check upt tu usia kandungan dah 5weeks+ . So untuk mendapatkan kepastian sepasti pastinya masa 7weeks+ aku ke Klinik Ragavan Raub untuk scan. Perasaan masa 1st scan ni memang lain macam. Rasa macam sebak kott. Bila nampak seketul daging dalam rahim and ukuran kandungan sama dengan umur dia,  rasa lega dah hehe :')






Orang yang paling happy selain family aku and Oi haruslah My Mother in law. Cucu sulung ni belah mertua. InshaAllah :) . Aku bukak buku pink masa usia kandungan nak masuk 10minggu. Bila tahu pregnant tu aku dah ambil folic acid beli kat klinik swasta je. Masa bukak buku nurse bagi lagi folic acid. Jadi jimat dah takyah beli hahaha. Nanti aku cerita proses bukak buku Pink kat entry lain.




Bila masuk kandungan 3months iaitu 12weeks aku scan lagi sekali kat Klink Ragavan jugak. Alhamdulillah dah nampak bentuk baby . Kemain happy anak aku duduk dalam tu . Dah gerak tapi aku tak dapat rasa lagi. Alhamdulillah pembesaran semua normal ikut umur kandungan. Harga scan black n white kat klinik ni Rm50 . Dah boleh dengar heartbeat baby dup dap dup dap . Alhamdulillah.





Bila dah cecah 3months  KKIA bekalkan Obimin pulak. Obimin ni kira all in one semua ada dalam sebijik obimin. And now masa menaip ni aku dah 5months+ and dah boleh rasa baby gerak. Geli rasa dalam perut ni. Lembut aje gerakan nya and nurse kkia bgtau yang nanti dah masuk 7months ke atas lagi kuat rasa baby movement. Aku belum scan lagiii untuk 5 months ni. Nanti dah scan aku share lagi. Hopefully boleh tahu gender dia senang ibu hang nak membeli belah nanti hahha :p InshaAllah awal bulan ogos ni EDD (estimate due date)


besau wehhh obimin ni haha plastic pon dah pudar sebab dok bawak sana sini


Kemain panjang aku menaip huhhh.



Doakan aku and baby ye guys. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.  Aku doakan banyak2 pada sesiapa yang sedang berusaha. Yakin pada rezeki Allah dan jangan stress stress. Happy happy je tau. Setiap orang ada bahagian masing2 cuma cepat atau lambat je. Amin amin :)







Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandugan

 اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا 

Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ 

Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu. 

اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.

 اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا 

Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.

 اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam, dan segala puji bagi Allah.




Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA