Tuesday 29 September 2015

Lunch di Mr. Teppanyaki

hari ni rajin sikit melangkah keluar dengan ofismate sampai ke ikano ipc sebab nak layan Mr Teppanyaki. First time nak makan, before ni lalu asik bauuuu je haha, meh nak try. 

Aku ambil set beef sebab bosan makan ayam. Boleh tahan la jugak harga dia utk set macam ni RM16.90 kott huuu. nasib baik boleh tahan sedap. dan super kenyang sebab sayur dia dh mcm nak bagi 4 orang makan kottt. yang best nya kat sini, boleh tengok chef dia masak sambil tunggu order sampai. so takdekla bosan sangat menunggu. 




Banyak lagi menu lain aku tak dan nak snap pon. sebab lapar sangat weyh. ok layan selfie dulu hiks. jangan marahhhh. 




muka kenyang ke lapar ni?

Sunday 27 September 2015

IDEA GOODIES BAG BAJET YANG MURAH

Haiii semuaaa! Lama tak bersiaran. sebenarnya baru je habis kenduri kakak aku jadi aku nak share idea untuk bride to be yang tengah mencari idea nak buat goodies tapi taknak membazir which is - murah tapi cantik wink!

Kali ni aku support kakak aku part goodies, so kakak aku tak berapa nak kisah sangat pon cemana bentuk goodies tersebut asalkan cantik mata memandang. 

Jadi memandangkan aku punya bajet taklah besar mana, so aku nak buat goodies yang simple but nice. maka bermula lah aku google sana sini and aku decide nak beli je paper bag macam ni. 




actually kalau paper bag macam ni ada dua jenis color iaitu brown paper and white paper tapi aku prefer warna putih. kat mana aku beli? dekat sini

Sales Office address: 55B-4, Lorong Raja Bot, Off Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2692 1721/03-2691 4297
Fax: 03-2692 8221

harga untuk sepacket white paper bag ni rm12+ ada 100pcs.

dan untuk menambahkan lagi kecomelan goodies bag ni aku tambah doll paper juga beli di kedai yang sama. harga rm4 untuk 100pcs



Maka terhasilah lah goodies bag yang ciut miut camni 



tadaa!!! simple but just nicee. oh ya aku tambah custom chop sebab taknak nampak kosong sangat. yang ni terpulang kalau korang ada lebih sikit duit boleh la belanja sikit untuk custom chop sebab bagi aku ok je kalau takdak sebab mahal jugak nak buat chop ni. harga dekat rm50 kottt. guna skali kenduri jek. hahaha tapi kalau korang nak jugak boleh tempah dekat sini


ada banyak design yang korang boleh pilih 



dan yang paling penting sekali bila dah beli custom chop ni haruslah kena keluar duit beli stamp pad sikit! tak pun pinjam ofis punya je macam aku buat hahaha. and ada orang yang rajin mengechop macam laki aku ni



rajin sangat dia kakak ipor kahwinnn katanyaaa. bakal pengantin pon sibuk nak buat goodies jugekkk





tak lupa jugak adik laki aku yang tukang angkat barang nak masuk dalam goodies bag kehkeh

Barang2 untuk jemputan orang ramai aku letak

air kotak
jajan
gula gula
yasin

air kotak aku beli dekat raub jek, dekat kedai borong makanan ringan. sekotak dapat la 70 sen sekotak. 

cekedih plak dalam 20 sen la 

gula2 seposen

yasin 70sen 

Yasin aku tempah kat kawan aku ni facebook dia https://www.facebook.com/asyimah.rahman?fref=photo





OK JOM KIRA


PAPER BAG

White paper  = 12 sen sekeping
dolly paper : 4 sen sekeping
custom chop : RM45 
Stam pad and stapler pinjam ofis

cost total bag untuk goodies sebungkus tambah tolak bahagi : 25sen/bag

BARANG

air kotak : 0.70 sen
cekedih 0.20sen
yassin : 0.70sen
gula gula : 10sen

cost total barang : 1.70sen

TOTAL PAPER BAG + BARANG = 1.95 SEN

RM1.95SEN X 500 BAG : RM975

haaa total masih dalam bajet aku untuk 500 jemputan. macam barang ni korang boleh decide la sendiri kalau bajet bawah dari RM500 . kalau bajet bawah 1k boleh gunapakai barang2 macam aku letak ni. 

OK daaa semoga bermanfaat! :) 




NOTA KAKI :

Wehhh aku baru terjumpa satu website Door Gift murah dan best gila koranggg !!!!

Harga dari RM 1 ke bawah tau . Bestnyaaa. Macam-macam rupanya doorgift yang menarik dan berpatutan. 

Ni gambar-gambar doorgift yang aku rasa comel gilaaa




Ni baru sikit tauu. banyak lagi pilihan lain yang korang boleh pilih. 

nah aku sertakan sekali link website diorang.

mesti korang pun rambang mata nak pilih weiii.

click link bawah ni je



Designed by UMIESUEstudio 2014 : EZAN IDMA